Friday, July 20, 2018

Jenis Kain Veil

Sis nak share veil ada 5 jenis fabrik ..masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Terpulang nak pilih jenis yang mana satu asalkan bukan kain jenis tebal

1.Kain chiffon
Jenis veil chiffon lebih mudah bagi sis kerana kita boleh menjahit lace serta manik pada kain tersebut. Nak jahit seberapa sarat pun boleh. Cuma dari segi pemolihan warna perlu betul2 matching dengan warna baju atau cari warna kain yang universal..maksud sis senang nak mathing dengan semua baju.


2. Kain net tulle ( net lembut )
Untuk menjahit lace pada kain ini sangat memerlukan kesabaran yang tinggi huhuhu.. Kain net pula ada dua jenis..satu kain kejung (hahaha)..jangan tersalah pilih sebab kain jenis net yang keras biasanya digunakan untuk hiasan deko hantaran...kalau tersalah pilih alamat veil tu nampak kejung..pastikan pilih kain net yang lembut baru lah veil tu jatuh dan cantik.


3. Kain Chiffon Georgett
Kain jenis ini mudah dijahit dan bergantung pada baju nikah atau baju yang akan dipakai

4. Kain Chiffon Silk
Kain jenis ni juga mudah cuma lebih elemen elegan..bergantung kepada baju nikah jika pilih kain jenis ini